Monday, November 13, 2017

Menu puree & bubur untuk baby 6 bulan dan keatas (Ajda's weaning journey)

Assalamualaikum


Harini ummi nak share pasal Ajda's weaning journey. Sorrylah eh, Ajda dah 1year 6 month barulah ummi dapat nak update pasal cerita dia weaning. Padahal dah 1 tahun berlalu hehe.

Ok jom flashback kepada zaman Ajda berumur 6 bulan. Masa tu, kami bertiga stay di Lido Residency Cheras. Ummi houseman di PPUKM dan abi baru pindah ke KKM Putrajaya dari HTAA Kuantan. Takde maid, semua housechores kami berdua buat sendiri. Ajda kami hantar ke rumah babysitter (thankyou mak Farah jagakan Ajda dgn begitu baik!) di Batu 10 Cheras. Bila ummi oncall, my sis in law akan datang teman husby jaga Ajda (thankyou cikna!). Masa tu condo kitorang mengadap KLCC tau. Balik rumah walaupun penat lotai tapi bila tengok muka Ajda, muka Abi, tengok KLCC (pehal tetiba) rasa macam bersemangat dan hilang rasa semua penat :')

Bila Ajda dah nak masuk 6 month, nak start weaning, ummi adalah insan yang paling excited gila dan gila. Ya memang gila, bukan typo.  Sebab setiap kali postcall, dengan mengantuknya, sanggup ummi meredah jem sebab nak merayau kat mall untuk cari cutlery & feeding set yang comel-comel untuk Ajda hehe. And....semua makanan Ajda adalah homemade, ummi masak sendiri tau. Ini namanya gigih hikhik.


Decided to settle down with NUBY. Masa ni ada sale 20% kat Parkson Nu Sentral. Itu pasal beli the whole Nuby feeding set :)


High chair abi belikan untuk Ajda dekat Aeon Maluri, brand Sweetcherry. Mulanya nak beli IKEA tapi yang ni lebih sturdy. Tak sangka design Sweetcherry comel & kualiti macam ni. Bagusnya high chair ni sebab table tu ada tray (Orange). Kalau kotor, boleh angkat and basuh the tray je.


MENU HOMEMADE PUREE

Masa Ajda 6 - 8 month, ummi start bagi homemade puree.

Antaranya adalah :
  • Puree labu (pumpkin)
  • Puree keledek (sweet potato)
  • Puree pisang (banana) 
  • Puree lobak (carrot)
  • Puree kurma (dates)

Cara-cara : 
  • Potong bahan bersaiz dadu, untuk kurma buang biji.
  • Steam bahan. 
  • Bila dah lembut, blend atau mash.
  • Add on a lil bit of water/ebm to get the consistency that you desire. 

Tips : 
Steam dalam periuk nasi je, cepat. Toksah kalut nak guna steamer bertingkat tu. 
Puree banana tak perlu steam, mash je.
Tambah ebm instead of water lebih bagus!
Tapis bahan blend, terutama sweet potato sebab banyak urat. Nanti baby tercekik hehe.


 Puree pumpkin. Tambah ebm sikit bagi cair. Ajda suka sangat!


Puree sweet potato. Ni pon sangat sedap sebab manis! Ummi mash guna Nuby's Steam & Mash set.


MENU BLENDED PORRIDGE

Masa Ajda 8 - 10 month, ummi start bagi homemade blended porridge.

Antaranya adalah :
  • Porridge + chicken + carrot + spring onion
  • Porridge + anchovies + celery + spinach
  • Porridge + dory fish/salmon + spinach + tomato
  • Porridge + anchovies + zucchini + pumpkin

Cara-cara : 
  • Masak bubur nasi
  • Masukkan semua bahan dalam bubur nasi
  • Bila dah masak, tutup api, tunggu sejuk dan blend
  • Tambah air jika bubur terlalu pekat
Tips :
Lebih jimat masa kalau masak bubur guna lebihan nasi daripada guna beras.
Style ummi adalah bubur nasi + 1 protein (ayam/ikan) + 2 sayuran. Guna je sayur apa-apa yang ada dalam fridge. 
Tambah olive oil untuk bagi anak gemuk sikit hihi.



Blended porridge ni memang sedap gilo. Nak nak masa ko baru lepas blend, semua ingredient mixed in together..memang wangi! Ni ummi blend untuk stock seminggu


FROZEN FOOD STOCK

Untuk mommy yang bekerja, adalah tidak bijak untuk memasak bubur nasi setiap pagi kerana ianya time consuming. Macam ummi dulu, pukul 6.30 pagi dah perlu ada di hospital. Jadi ummi perlu bertindak kreatif serta menjimatkan masa. 

Maka ummi telah buat frozen food stock untuk Ajda selama seminggu. Biasanya ummi akan buat 2 menu supaya Ajda tak boring makan benda yang sama untuk seminggu hehe. Memang menjimatkan masa!  Pagi-pagi ummi cuma perlu packkan Ajda 2 cube je from the freezer. One for breakfast & one for lunch. 


 Korang cuma perlu beli freezer food tray / mini freezer cubes je untuk frozenkan blended porridge/puree tadi. Macam dalam gambar ni adalah mini freezer cubes. Yang ni senang sebab individual portion. Just ambil je berapa cubes yang diperlukan untuk berapa kali makan. Ummi dulu suruh babysitter thaw kan dalam air panas, so by the time nak makan dah cair dah blended porridgenya :)


Nuby Freezer Tray. Yang ni leceh sikit sebab kena pop up 1 portion from the tray then kena masuk container lain untuk makan. Bila nak hantar ke babysitter tu memang renyah sebab ada banyak steps. Freezer tray ni sesuai kalau nak makan kat rumah je.


Sayang ummi bambam makan homemade food ummi prepare dulu. Bila kita prepare makanan untuk anak, sambil-sambil tu kita selawat, kita doa..agar anak jadi anak yang solehah, sihat dan pandai. Inshaallah!

Hope that helps!
Please share your child's weaning journey at the comment section :)


Thank you for reading this entry !

Friday, November 10, 2017

Panduan Makanan Baby 6 bulan dan keatas (Weaning)

Assalamualaikum


Ummi nak share tentang menu makan Ajda. Ajda sekarang berumur 1 year 6 month old. Ajda ni takdelah kuat makan mana, tapi alhamdulillah bukan picky eater.

Ummi start bagi Ajda makan when she was 6 month old. Start dengan homemade puree, kemudian by 8 months dah start makan blended porridge with chicken/meat/fish & vege. Bila gigi Ajda dah banyak, around 10 months macam tu, ummi bagi Ajda makan soft-solid macam babypasta. Bila Ajda dah 1 year old, ummi memang kasi family meal. Apa ummi makan, suap Ajda sekali hihi.

Jangan lupa 3-days-rule ya mommy to rule out any allergy. Maksudnya, setiap kali kita introduce new food, mommy bagi food itu sahaja tanpa campur bahan lain selama tiga hari. Contohnya, kita bagi chicken porridge. Jangan campur anchovies or meat sekali..kalau anak develop allergy..mommy tak tau who's the culprit. Allergy reaction yang mungkin terjadi adalah seperti naik ruam-ruam gatal, muntah atau cirit birit secara tiba tiba, atau mungkin sesak nafas. Kalau lepas makan tu, dalam masa 30 min - 1 hour terjadinya symptom macam diatas..maksudnya allergic lettew.


Ini antara contoh food yang mommy boleh introduce dekat anak. Sebab ni US punya jadi depa start bagi makan since 4 month old. Mengikut Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, kita kena start bagi makan at 6 month old ye. Kalau ada sayur atau buah dalam gambar ni yang susah nak cari kat grocery store (baca : blueberry, apricot) tak perlu gigih mencari ye. Sila bertenang dan cari sayuran serta buah-buahan khatulistiwa.



Ummi nak share some Weaning tips 😆😆


1. Homemade food is always the best
Less salt, sugar and preservatives
2. Tambah garam & gula hanya apabila anak mencapai umur 1 tahun dan keatas
Tambah sedikit sahaja sebagai perasa. Kalau letak banyak nanti anak dah besar kuat masin!
3. Perkenalkan sayuran sebanyak mungkin
Baby ada taste bud memory. Bila dah terbiasa makan sayur sejak kecil, nanti dah besar dia takde masalah nak makan sayur. Ajda sejak baby dah makan tomato dan timun. Sekarang ni pantang ummi makan nasi lemak..dia mintak timun.
4. Ajar anak duduk di high chair ketika makan
Displinkan anak tentang table manners. Jadi anak akan faham bahawa setiap kali meal time dia perlu duduk di high chair dan makan
5. Makan bersama family
Bila anak tengok seluruh ahli keluarga makan sekali, dia akan excited untuk makan.
6. Sulamkan dengan air kosong
Always, always sediakan sippy cup ketika anak makan sebab kadang kadang diorang ni kunyah laju-laju lepas tu high risk untuk aspiration!
7. Ajar anak makan family meal ketika dia mencapai umur 1 tahun
Senang untuk parents. Bila bawak anak jalan jalan dah tak perlu sediakan bekal lagi sebab anak akan makan apa yang kita makan.



Ajda masa 6 month old. Makan blended plain porridge :) Bulatnya anak ummiiii


 Ajda 1 year 5 month old. Makan Hor Fun dekat Old Town dengan Mamaja!

Ajda 1 year 6 month old. Makan bolognese pasta dekat San Fransisco Coffee.

Throwback homemade food masa Ajda below 1 year old. Ni blended porridge + chicken + spring onion. Ummi buat stock for 1 week and frozenkan!


Dont make it hard and burdening for you mommy. Bagi je anak makan apa yang uolls biasa makan dekat rumah. Janji bernutrisi dan sihat. Tak perlu nak beli sayur-sayur import, organic oats, gluten-free flour kalau anak uolls takde sebarang allergy. Nanti anak dah besar, dia makan kat kantin sekolah, mana ada sayur-sayur import tu bagaiii. Just be realistic!

Nak ummi share menu homemade food Ajda masa dia less than 1 year old? Walaupun aku houseman dan takde maid time tu, tapi still mampu bekalkan Ajda dengan homemade food bila hantar ke babysitter setiap hari. Yang penting time management hihi!



Thank you for reading this entry!


Wednesday, November 8, 2017

Ajda's mini garden

Assalamualaikum

Ummi adalah sejenis ummi yang sangat suka memasak dan mengemas. Tapi paling tak suka gardening. Bukan tak suka, tapi lebih kepada sakit hati bila apa aku tanam semuanya matiii.

Dulu masa medical student, ummi pernah tanam pokok cili. Reason being sebab bila nak makan maggi, ummi boleh terus petik cili dari pokok. Krik krik krik. Punyalah lama aku tunggu ko nak keluar pucuk, kesudahnya tanah pokok cili tu kering kontang ye tidak berpenghuni.

Tapi sebagai ummi, kita mestilah instill good values in our children kan. So ummi yang sekarang bukanlah ummi yang dulu. Ummi dah google dah cara nak tanam pokok yang betul. Jadi ummi decided untuk buat Ajda's Mini Garden. Tujuan ummi buat gardening ni supaya bila Ajda besar nanti, Ajda akan sayang mother nature dan ada rasa tanggungjawab untuk menjaga bumi dan alam sekitar. First step always start at home. Jadi kita tanam sayur-sayuran dulu.


WEEK 0 : Ni Kailan seeds..yay nanti boleh harvest buat kailan ikan masin hihi


WEEK 2 : Kailan ni dah macam rumpai laut dah ummi tengok. Cepat betul dia tumbuh. Kena transfer pergi pot yang lebih besar nampaknya.


Sebab percubaan menanam Kailan berjaya..(walaupun tak dapat hasil..baru dapat pucuk hihi tapi consider berjaya lettew) ummi ajak Ajda tanam pelbagai lagi sayuran macam Pai Sai, Pak Choi dengan terung.

WEEK 2 : Suburkan Pak Choy Ajda hehe..tak sia-sia ummi belajo kat youtube


Tiap petang after fetch Ajda from her school, ummi akan bawak Ajda pergi ke mini garden ummi to water the plants. Memang ada belikan special mini watering can for her. Tapi kena bersabar sket sebab habis banjir lemas pokok aku Ajda siram haha.. Fine motor tengah developing...of course :)

Yang tak boleh belah itu hari Ajda ambil hand shovel pastu dia keruk the soil... pucuk terung ummi mati terbelah dua. Sekian laporan dari Ajda's mini garden.

Ps : Nanti kalau membuahkan hasil..ummi update lagi sayur Ajda ni ye!

Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...